Saturday, January 31, 2015

Previous Story - Seandainya Engkau Mengerti

Credit to : Rusydee Artz 

Sebaik sahaja usai solat maghrib berjemaah dengan ayah aku , Telefon bimbit yang ayah belikan sebulan lalu berbunyi menandakan mesej masuk . Lantas aku berlari untuk mengetahui kandungan mesej tersebut sebelum sempat menyalami tangan orang tua aku dahulu .
"Sayang , Awak terlalu baik untuk saya ... Kita putus ajelah .."
Aku terkelu , Aisya minta putus .
Titt .. titt ..tittt
"Awak cakap nak setia ?! Kenapa awak nak putus dengan bie ! Jawablah !"
Minta maaf nombor yang ada dail tidak ada dalam perkhidmatan , sila cuba kemudian .. sorry that number have you dailed ....
"Tak guna ! Dia dah kepak simcard yang aku belikan ...."
Air mataku jatuh berderaian , Ayah mengaji di ruang tamu .
"Hisyamm , mari mengaji .."
Aku tidak memberi respon .
"Hisyamm ... Ayah cakap sekali sudah cukupp ..."
Masih tiada jawapan .
"Eish , Hisyam makin liat nak mengaji sejak aku belikan telefon !"
Ayah meneruskan bacaannya , aku pula masih menangis .
Tuttt.... tutttt......tutttt
"Adik Aisyah .. Athiyah" Nama itu tertera dipapar .
"Hello , assalamualaikum ?"
"Wa'alaikumusalam , Hisyam .. Esok Aisyah nak jumpa ditaman yang selalu .."
"Japp , kenapa Aisy buat Ab....."
Belum sempat aku menghabiskan jawapan , Talian sudah dimatikan . Aku kembali terkedu , mencuba untuk telefon sekali lagi .
Masih tidak berjawab , kredit hisyam hanya tinggal 50 sen . Esok , aku akan berjumpa dengan Aisyah ! Aku mesti pujuk dia semula !
--- Previous story from "Seandainya Engkau mengerti" ---
http://iamkhaleefah.blogspot.com/2014/12/shoot-1-seandainya-engkau-mengerti.html

Sunday, January 18, 2015

Kerana Ku pilih kamu (Part2)

Kerana ku pilih kamu (Part2)
Sejak aku pulang dari Shopping Mall hari itu , Aku masih terfikir tentang apa yang Faiz maksudkan .
"Faizah , apa yang abang kau cakap haritu .. aku tak dapat pickup"
Faizah tersengih sehingga menampakkan gigi hadapannya
"Eish, Kau ni .. tunggu ajelah"
Faizah bangun lantas keluar dari bilik kami , aku terkedu
"Eish , tunggu lagi .."
Aku menyandar badanku ke dinding dibelakangku , Nak studi pun asyik terganggu sebab kes itu , aku bukannya jenis orang yang suka menunggu jawapan .
"Final exam dh esok ! Aku kena buat betul-betul ! Tahun ni dah la last aku disini , aku tanak repeat tahun ni !"
Aku terjerit kecil , menghilangkan tekanan .
Flashback ****
"Abang sebenarnya dah lama perhatikan Sofea , Sofea ini lain . Tunggu abang ..."
"Ha ? Tunggu apa ?"
End of flashback ****
Aku tersengih sendiri , petanda jodoh kot ?
"hoi , esok kau nak periksa ! Cepat studi !"
Segera aku beristifar , Permainan syaitan semua ini . Aku memandang tepat kearah meja aku yang dipenuhi nota-nota kecil berwarna-warni .
"Aku perlu lupakan semua ini , Hmm baik aku solat dulu tenangkan hati aku ..."
Aku bangun untuk kebilik air , Faizah hanya memandang kearahku tanpa berkata apa-apa , aku hairan . Selalunya dioranglah yang paling kecoh sekali waktu berborak.
"Hmm ,ada apa-apa yang tak kena ni .. hmm , biarlah yang penting aku nak kosongkan hati aku sekarang ni .."
Langkah aku hanya diperhatikan oleh Faizah tanpa sepatah perkataan , aku malas nak mengendahkan , Esok Last paper kott !
-- To be continue -- 
See new update at my Facebook !

Saturday, January 10, 2015

Kerana Ku pilih kamu (Part1)

Aku berjalan disebuah pasar raya , merehatkan diri daripada belenggu 'Last Paper' untuk esok . Sedang asyik melihat kawan-kawan aku yang lain membeli 'coolblog' aku hanya duduk dikerusi berhampiran , malas nak membeli .
"Papa ! Amirr letih !"
Anaknya merengek perlahan , tumpuan aku tertanggu . Rungutan tidak diendahkan malah si bapa hanya menarik kasar memaksa si anak terus berjalan ke butik terkenal .
"Amir ! Degil lahh ! Papa nak shopping pun tak senang !"
Aku bangun menghampiri si bapa , Mereka hanya memandang aku kehairanan .
"Kau siapa ?! Ustazah mana pulak ..."
Aku tersentak . Ustazah ? Sebab aku pakai tudung labuh , dah gelar aku Ustazah ? Tapi apa-apapun , Terima Kasih mendoakan .
"Encik , jangan paksa anak encik macam ini . Saya ada adik , bila dia penat saya dukung dia . Apa kata encik dukung anak encik ?"
Aku memberikan cadangan , Si anak hanya menangis . Aku hanya pasrah melihatnya , aku memberikan 2 biji gula-gula yang ada dipoket jaket aku . Maaf adik , tu je akak ada .
"ANAK AKU SUKA HATI AKU AHH ..!!"
Aku terdiam , tak pepasal kena 'sound' . Aku menunduk kecil tanda meminta maaf , sebaik sahaja aku beredar , Faiz abang kawan aku datang menghampiri aku . Aku hanya diam .
"KAU SIAAPA ?!"
Panggg !!
Satu tamparan hinggap dipipi si bapa , Angin kemarahan si Faiz memang tidak dapat dibendung lagi . Aku terkesima , tak pernah aku lihat Faiz marah begitu .
"KAU RETI BUAT ANAK JE KAN ? NAK JAGA TAK RETI ! DARI ATAS TADI AKU PERHATI KAU ! KAU BUAT TAK ENDAH JE KAN KAT ANAK KAU !"
Si bapa hanya terdiam , memujuk pipi yang baru menerima hadiah daripada Faiz . Untuk mengelak terjadinya apa-apa , Si Bapa mendukung anak dan beredar . Aku hanya terdiam , terkesima melihat kejadian itu . Faiz mendengus sedikit , dan memaling kearahku , aku hanya tersenyum .
"Terima kasih .. tolong tadi .."
"Err , takde apapa lahh ,.. abang perhatikan dia dari atas lagi .. geram pulak rasa"
Abang ? Erghh , Gelinya aku .
"Abang sebenarnya dah lama perhatikan Sofea , Sofea ini lain . Tunggu abang ..."
Faiz berlalu begitu sahaja dibiarkan aku terkedu .
"Haa ? Tunggu apa ? Hmm , biarlahh"
"Kau ni lambat pick-up betul lahh .."
Faizah memeluk aku dari belakang membuatkan aku terkejut .
--- TBC --- 

Karya Merapu - Disebalik Takhta

Hisham menyeluk saku , harapkan 10-20 sen ada pun jadilah untuk bersedekah dimasjid yang ditumpanginya selama tiga minggu berturut-turut. Kalau diikutkan hati , hendak lagi dia menumpang lagi seminggu dua tetapi tok siak yang baru itu asyik bertanya bila nak pergi .
"Ya Allah , Terima kasih sebab masih beri aku kesempatan untuk tinggal dirumah-Mu beberapa minggu"
Berbekal baki sebanyak 20 sen yang tinggal , Hisham memasukkan kedalam tabung besi masjid . Pungg !! Bunyi kuat selepas duit syiling itu dimasukkan menyebabkan tok siak yang sedang lena terjaga
"Woi ! Kau nak mencuri dirumah Allah ni !"
Tok Siak yang lebih dikenali sebagai Tok Hadi menjerit sehingga mengejutkan orang ramai yang sedang lepak dikedai kopi berdekatan.
"Ya Allah , Tok Hadi !!"
Hisham mahu menerangkan perkara sebenar tetapi orang ramai memukulnya terlebih dahulu . Tok Hadi hanya tersenyum sinis , Puas .
"Dahh stop ! Kenapa ini Tok hadi ?!"
"Budak yang menumpang kat Masjid kita ni ! Nak mencuri !"
Ketua Imam dimasjid itu memandang tepat kearahnya , Hisyam menggeleng perlahan .
"Tok hadi , tak baik menuduh . kamu nampak dia nak mencuri ?"
Tok Hadi menggeleng dan tertunduk .
"Kamu , tak baik fitnah . Berdosa besar ! Eish.."
Selang beberapa minit , Beberapa kereta Bmw berwarna Hitam mungkin VIP barangkali memberhentikan keretanya dihadapan masjid tadi. Hisham hanya tersenyum , menunduk hormat kepada Imam tadi yang sudi menumpangkkanya untuk beberapa minggu dan sudi memberi makan dan minum. Tok Hadi hanya memadang tajam kearahnya .
"Tuan , kita sudah bersedia untuk pulang"
Semua memandang kearah Hisham yang sedang mengaduh kesakitan kerana difitnah sebentar tadi . Hisham bangun perlahan hanya menunduk hormat kepada Ketua Masjid imam tersebut .
"Terima kasih ustaz sebab sudi bimbing saya sepanjang saya menumpang disini"
Lelaki yang berkot hitam menarik beg-beg plastik dari tangan Hisham , namun Hisham menolak lembut . Biarlah dia yang angkat sendiri.
"Tengku , Ayahanda sedang gering . cepatlah hendaknya tengku pulang"
Hisham mengangguk perlahan , meminta untuk berundur .
"Tengku ? Ya Allah ! Maafkan saya !"
Tok Hadi meminta maaf selepas kejadian tadi . Bertindak mengikut emosi , Hanya kerana Hisham itu menumpang disitu Tok Hadi menghinanya atas alasan pemalas .
"Nak jadi Pemimpin harus bersabar , Tak semua manusia akan terima kita seadanya, Saya pergi dulu"
Tengku Hisham hanya berpakaian Baju putih pagoda dan berkain pelikat pemberian Ketua Imam masjid ketika menaiki salah satu kereta hitam BMW .

--- TAMAT ----

Karya Merapu - Taksub .

Kerana Taksub , Duit simpanan aku habis . Aku sanggup gadaikan emas pusaka yang Mama hadiahkan . Aku sanggup pecah amanah daripada Mama , Gadai hanya perlu . Semata aku nak beli Album yang tengah Offer , aku gadai emas itu . Kerana Taksub . Aku lupa Allah , Aku lupa
segalanya .
"Anis ! Kenapa kamu gadai rantai itu !"
"Anis gadai ada sebab Mama"
"Sebab apa ? Sebab kamu nak beli Album korea tu !"
Aku tersentak , Mama tahu yang aku beli Album baru .
"Mianhei Omma ..."
"Apa Anis cakap ?"
"Errr , Maaf Mama ...."
"Mama nak esok kamu jual semua Album dalam almari tiga tingkat kamu itu ! Mulai sekarang Lappy , Iphone , Ipad , Ipod and segala gadjet yang papa hadiahkan ! Mama ambil ! Mama potong WiFi ! Mulai sekarang , nak online sebab Urgent Mama akan perhatikan !"
"Whatt ?! Apa !! No wayyyyyyy !! Tidakkkkk !!"
Aku menjerit satu rumah , terkejut . Setakat nak ambil Lappy or whatever tu aku tak kisah tapi WiFi ? No wayy ! Aku tak boleh hidup tanpa WiFi ! Mama kejam !
"Mama kenapa mama buat macamni kat Anis ? Mama tak sayang Anis !"
Mama terdiam , hanya menonton televisyen . Aku mendengus terus berlari kebilik aku ditingkat dua . Bilik Aku ....
"Poster aku , Album Gambar aku , Album Manga aku semua sudah hilang ?!"
Mata aku melilau mencari Album yang baru aku beli semalam , Pun hilang jugak . Mama oh Mama , Pandainya Mama cari .
"NO WAYYYYYYYYY !! ARGHHHHHHH"
---------------
Selepas pulang dari sekolah , aku terus ambil kain jemuran diluar . Malas nak dengar Mama bising macam selalu .
"Sayang Mama sudah pulang , Assalamualaikum "
Mama menyambut aku pulang dipintu rumah , Aku tersenyum tawar. Mata mama tertumpu pada lunggukan kain yang aku bawa dari jemuran tadi .
"Wa'alaikumusalam . Errr, kenapa Mama ?? Pandang Anis ni semacam je?"
Mama mengeleng perlahan disusuri gelak ketawa . Mana tak pelik , Mana
pernah aku balik dari sekolah terus aku ambil kain jemuran . Kalau ambil pun , aku akan menari sambil campak baju kesana- kesini , Mamalah yang kena basuh semula .
"Pergi masuk mandi , lepastu kita Shopping atas perubahan Anis hari ni . Bwahahaha !"
"Eish , mama ni .. Shopping ? Yeayyy"
"No Kpop Stuff"
"Hmm , okay"
Aku masuk kebilik , selalu aku akan lompat-lompat macam orang gila selepas tengok 'Hubby' aku kat dinding , Aww . Tapi itu semua tinggal kenangan .
----------------
Selepas seminggu aku hidup tanpa dunia aku , Sedih tu memang sedih tapi aku belajar benda baru . Selalu perjalanan aku balik sekolah, aku hanya akan berjalan terus sambil pegang telefon tak tengok depan bila tanpa gadjet aku , aku bayang aku akan jadi gila tanpa teknologi itu semua tapi bila dah terbiasa macam ini taklah teruk sangat . Aku sekarang lebih friendly , dengan Mama dan Papa aku pun makin rapat selalu aku terperuk je dalam bilik sambil menari tarian gila kini aku share tarian tu dengan mama aku dan sekarang Mama lagi expert dari aku tauu .
"Anis ..."
"Ye Mama ? Mama tengok tu ! Jahatnya lelaki tu !"
"Anis.."
"Ye Mama .. ada apa ?
"Mama makin happy tengok kamu sekarang .."
"Er , sebab ?"
"Ya la , dulu kamu minat sanggat korea tu sampai tak ingat dunia . Mama tak kisah kalau Anis nak minat tapi berpada-pada , Ohh yaa tahniah"
"Tahniah for what ?"
"Mama buka telefon kamu tadi , kamu dapat anugerah pelajar berdisiplin kann ? Tahniah.."
"Terima Kasih , Mama . Nak Dominos ??"
"Ahahaha , taknak minta barang kamu semula ?"
"Takpelah Mama , lagipun Anis kan Pt3 tahun ni .."
"Okk , jap Mama call dominos nak sambut 'Anugerah' tu Ahahaha"
Sahabat sekelian , Minatlah tapi jangan terlalu taksub  . Takboleh berubah ? Nak gila tanpa semua itu ? Bohonglah  Cuba dulu tahan perlahan-lahan , InsyaAllah menjadi . Mianhei to Kpopper ~ tiada niat apa-apa.


---- Tamat -----

Friday, January 9, 2015

Karya Merapu - Kerana Takdir

Hujan lebat . Disebalik orang sedang asyik minum Kopi aku pula kesejukkkan bersama ibu yang sedang sakit tenat disini . Sudah 5 hari kami tidak berumah . Papa kahwin baru , Papa halau Ibu daripada rumah.
"Ibu , Sabar ye ibu . Amerr pergi minta tolong orang"
Aku berlari meredah hujan lebat ke restoran KFC yang terdekat untuk meminta bantuan .
"Pakcik ! Ibu saya ! Ibu saya !"
Aku sedikit merayu namun rayuan aku tidak diendahkan malah aku dihalau . Apa salahku ?
"Saya cuma nak minta bantuan ! Tolonglah ! Ibu sakit !"
Kedengaran pekerja melayu disitu mendengus kearahku selepas aku terpekik-pekik meminta bantuan , tak lebih daripada itu . Tolonglah !
"Woi budak ! Pergi kau dari sini ! Jangan kacau Customer kami nak makan ! Diorang tengok kau dh geli tau tak!"
Semua yang ada disitu hanya berdiam diri . Aku kecewa sangat-sangat.
"Wait ! Jangan Halau dia ! Syafiq ! Hormat budak itu !"
Aku terkejut . Lelaki tadi datang tepat kearahku .
"Adik , Duduk sini . Nanti Uncle datang , Uncle kasi 5 ketul ayam tau ! Uncle belanja ! Adik cari apa ?"
Aku tersedu , Dia bukan Islam dan bukan sebangsa denganku .\
"Ibu sakit ! Ibu ada disana ! Ibu sejuk !"
Aku menarik lembut tangan Lelaki tersebut .
"Ibu sakit ? Sebentar , Uncle ambilkan payung"
Setelah menyambut payung daripada Lelaki tadi , Aku terus bawa 'Uncle' jumpa ibu . 'Uncle' tadi terkejut lihat Ibu .
"Tolonglah ibu saya , Uncle .."
"Ini ibu ? Ibu sakit apa ? Takpa , tunggu sini . Uncle call ambulans"
'Uncle' menyeluk saku . Fuyooo , Iphone 5s tu , Mata aku sedikit terbeliak.
Aku peluk ibu yang sedang sakit tenat . Menagis mengenangkan nasib kami yang malang . Beberapa minit kemudian , Pekikan bunyi kereta ambulans datang.
"Nanti uncle datang ! Nama adik apa ?"
"Amerr Aiman .."
----------------
Aku senyum , Ibu sudah boleh keluar esok . Ibu disahkan mengandung , maknanya aku akan dapat adik ! Horayyy ! eh , Over pulak 
"Ibu , ameer nak adik perempuan tau"
Ibu hanya senyum , Penat barangkali . Pintu diketuk perlahan , Uncle datang !
"Tadaa , hello ! Uncle bawa Ayam KFC !"
Aku terjerit kecil , Gembira . Uncle menghulurkan plastik kepadaku lalu direbahkan badannya dikerusi yang disediakan .
"So , ma'am macammana ? Awak sakit apa ? Takpe , Bil Hospital saya akan bayar ye puan"
Ibu tersenyum , menghulurkan rekod kesihatan ibu yang ibu dapat tadi.
"Pregnant ? Ohh , Tahniah !"
"Terima kasih laa , banyak tolong saya .. nama apa ?"
"Takpe , it's my pleasure .. Ma'am ambil name card saya . Just call me Wong"
Hong Wong Lee .
Manager KFC cawangan Bkt. Besar .
Pemilik D'Ceria Homestay .
+601*-********
"Lepasni , puan dan anak puan nak tinggal dimana"
Muka ibu berubah serta merta , Aku yang asyik makan terhenti . Tak terfikir pula tentang hal itu.
"Kalau puan tak keberatan , Puan boleh tinggal di Homestay saya ? Puan nak kerja dengan saya pun boleh ..Terserah pada keputusan puan"
-----------
Kini , aku dah besar . Aku terfikir , dulu antara ramai-ramai orang . Kenapa Allah hantar non-muslim untuk tolong aku ? Aku sedih , Aku kecewa dengan orang islam sekarang . Malu aku pada bangsa aku sendiri . Aku sedar , semuanya harus bermula dengan diri aku ! Aku nak jadi penggerak Ummah ! Aku nak jadi Pendakwah ! Aku akan gongcang dunia ini dengan tangan aku sendiri !
"Ameer ! cepat bangun kesekolah ! Periksa !"
Huk aloh ibu ni , kacau line laa 
Umat Islam zaman sekarang ni hanya kuantiti tapi tiada kualiti .
Tak percaya ? Perhatikan sekeliling kita 

---- Tamat ----

Thursday, January 8, 2015

Karya Merapu - Aku Dah Berubah

--- Kerana DIA ---

Aku tergelak sendiri melihat tangan aku yang berbalut. Aku sanggup ambil keputusan untuk bunuh diri selepas 'break' dengan 'buayafriend' aku . Bodoh kan? Aku memang tak fikir apa dah selepas aku dia tegar ucapkan kata yang menyakitkan hati aku. Janji-janji manis yang pernah kau ungkapkan dulu hanya tinggal Kata-kata .

" Akak tak balik lagi ?"

Ibu bertanya kepada adik aku yang bongsu berusia lima tahun yang asyik bermain dengan Bongkah kayu pemberian Arwah datuk yang paling aku sayang . Adik menggeleng perlahan .

"Kakak , Memang selalu buat ibu risau . Dah maghrib ni tak reti-reti nak balik ke ?"

Ibu merungut perlahan sambil menjenguk keluar tingkap melihat kelibat aku . Ibu memandang kearah abah di tepi sawah .

"Abang ! Nampak kakak tak ?!"

Abah terkejut mendengar jeritan ibu

" Tadi bukan dia dah balik ?"

Ibu terdiam . Selalunya kalau aku balik , Aku akan pergi ke dapur menolong ibu memasak atau duduk berbual kosong dengan ibu sambil makan pisang goreng diatas meja makan . Ibu terus kedapur mencari kelibat aku , namun hampa .

" Ibu cari kakak ? Kakak terus masuk bilik selepas dia pulang , tadi dia nangis-nangis "

Ibu membeliakkan mata menyebabkan adik aku terkejut . Adik aku yang itu memang rapat dengan aku , selalu tunggu aku balik selepas aku 'Date' dengan 'Papa' aku , Erghh .

" Masuk bilik ? Aish , ada yang tak kena ni . Jom Aisya' "

Adik aku mengikut ibu aku dari belakang . Sesampainya ibu di bilik aku , Ibu menjerit menyebabkan adik aku Aisya' terkejut .

" Kenapa Ib ... Kakak !! "

Tanpa berlengah ibu terus dukung aku terus berlari keluar . Darah yang terpercik di tangan ibu , Ibu dah tak peduli .

" Aisya' cepat ambil tudung ! Pakai ! Tutup suis lampu , bawa adik kamu cepat !"

Aisya' terus berlari sementara Ibu mencari abah yang sedang berehat di sawah .

"Abang ! Kakak pengsan !!"

Dapat aku rasa , Air mata ibu jatuh dipipi aku . Baru aku sedar , Betapa kasihnya ibu pada aku selama ini . Ibu kakak sayang Ibu 
--------------
Aku tersedar daripada mimpi aku , Aku berpeluh . Syukur Allah masih beri peluang untuk aku

"Ibu ! Kakak dah bangun !"

Aisyah menarik perlahan tudung ibu untuk mengejutkan ibu yang tidur-tidur ayam di sofa yang disediakan . Ibu terjaga dan terus melihatku . Aku tertunduk semahu-mahunya .

"Ibu , maafkan k...."

Belum sempat aku menghabiskan ayat aku .

"Kakak ! Ibu sayang Kakak ! Jangan buat macam ni dah !"

Ibu memeluk aku. Aku tergamam. Air mata ibu mengalir sekali lagi .

"Maafkan Kakak ibu ! Maafkan Kakak ! Kakak bodoh ibu ! Kakak Bodoh !"

Aku memang bodoh . Kenapa aku sanggup Bunuh diri sebab 'Cinta monyet' aku ? Sedang asyik aku berdrama dengan ibu aku , Ringtone Nokia 3310 berbunyi menandakan ada mesej masuk . Ibu menghulurkan pada aku .

"Ibu dah deleted nombor Balak kamu ..."

Aku terdiam . Ibu padam atau tak , Aku masih ingat .

From : 01* - *******
MaaPkan Papa ! Papa bersalah ! Papa tak sanggup kehilangan Mama ! Papa janji papa setia kali ni ! Plez Papa tak boleh hidup tanpa Mama ! Mama dah salah sangka ! Haritu perempuan yang peluk Papa tu kezen Papa !

Sah nombor ni daripada ex-Balak aku , Aku tersenyum sambil memandang kearah ibu aku .

"Siapa yang hantar ?"

" Siapa lagi ibu .."

Ibu mengangguk perlahan mahu merampas Telefon aku , Aku menahan tangan ibu .

"Ibu , Lihat dulu apa yang Kakak nak buat "

Aku buka cover telefon , cabut bateri dan ambil 'simkad' aku . Aku tersenyum , Dengan nekad aku . Aku patahkan dan dicampaknya keluar tingkap .

" Ibu , ambillah telefon ni . Kakak tanak "

Ibu terkejut dengan tindakkan aku .

" Kenapa kakak ni ? Inikan telefon yang kakak beli guna duit simpanan sendiri ? Ibu tanak . Biar ibu tak maju "

" Ibu , berbaloi titik peluh kakak daripada kakak buang telefon ini . Kakak tanak telefon ini ! Selepas ni , Ibu bolehlah mesej ayah !"

Ibu tersenyum lalu menyambut telefon Nokia 3310 yang aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri . Ibu , kakak janji akan kumpul duit lagi dan belikan telefon Samsung pula untuk ibu !
---------
Aku betul-betul dah berubah , Pakaian aku yang kecil , ketat , sendat semua aku buang . Tudung aku yang jarang aku bakar . Aku songlap beberapa helai baju kurung ibu waktu muda-muda dulu . Kenapa aku boleh berubah ? Waktu aku pengsan , aku mimpi aku terbakar dalam api yang besar sangat-sangat dan aku heret ibu dan ayah aku sekali termasuk adik lelaki aku yang masih kecil tu. Mimpi itulah yang menyedarkan aku , aku nak berubah ! Aku nak kejar Cinta-Dia pulak ! Doakan aku semua !

"Humaira' ! Cepatlah !"

Arghh , mengelamun pulak aku . Tunggu ye Munirah 

-- Tamat ---
Cerita berdasar pengalaman Sahabat saya , 
Jalan cerita diubah sedikit daripada cerita asal .

"Moga Allah redha" 
Nur Iman Az-Zahra 

Tuesday, January 6, 2015

Seindah Ukhuwah Fillah - Season2

             "Jangan risau tentang dia , cuma dia perlu perbanyakkan berehat selepas ini..."  Aminah hanya mampu memanjatkan rasa syukur kepada yang Esa , Mujur Munirah tak apa-apa "Hmm , moon ni kan .. selalu buat aku risau"  Sebaik sahaja Aminah sampai di wad dimana Munirah ditempatkan , Munirah terjaga "Moon ! Kau dah sedar ?! Alhamdulillah" Air matanya berjuraian jatuh sekali lagi kerana terlalu gembira "Hmm , aku kat mana ?" Aminah mempercapatkan langkahnya untuk kekatil Munirah "Moon !" Aminah terus memeluk tubuh kecil itu "Minah kenapa ni? Kenapa aku ada disini ? Macammana Majlis itu ?" Aminah terdiam lalu dihulurkan sehelai tudung kepadanya , Munirah tersenyum "Terima Kasih ! Aku sayang kau !" Munirah menyambut dan terus memakainya "Hmm , bau soflan lagi ! Ahaha ! Eh , kau tak tukar lagi tudung aku ?" Aminah senyum "Aku nak ambil terus tudung ni ! Ni aku punya sekarang !" Aminah tertawa kecil "Lepasni kau cancell semua jemputan kau .." Munirah terpinga "Ehh , kenapa ?!" Aminah merebahkan punggungnya dikerusi yang disediakan "Aktiviti kau terlalu padat sampai tak ada masa untuk berehatkan ? Semalam pun kau tak makan lagi kan ?" Munirah tertunduk dan mengangguk kecil "Kau ni still macam dulu ! kalaulah aku jadi PA kau dah lama aku bising tau !" Munirah tersenyum "Kau nak jadi PA aku ? Aku sunyilah duduk dirumah aku sensorang .." Aminah tersengih "Memandangkan rumah sewa aku pun , empunya nak ambil balik rumah tu .. aku setuju" Munirah tersenyum "Cepat kemas , Esok kau dah boleh keluar .." "Okayy ... lepastu kau kena call yang jemput aku tu untuk cancell .. ehee" Aminah membeliakkan matanya "Kenapa aku !" Munirah tersengih menampakkan gigi hadapannya "Kau kan Personal Assistant aku ! Ahaaha !" Aminah mencebikkan mulutnya "Hmm okaylahh .." Munirah tergelak kecil , Dah lama tak lihat muka Aminah mencebik . Ya Allah , Kau aturkan pertemuan kami lalu kau pisahkan kami tapi semua itu takkan memutuskan Ikatan yang kami bina selama ini . Kerana-Mu kami bertemu . Kerana-Mu jua kami berpisah . Dan kami harap Ikatan Ukhuwah ini akan kekal hingga keJannah-Mu ! InsyaAllah "Aminah , Salam Ukhuwah Fillah ..." 

--- Tamat ---- 

Seindah Ukhuwah Fillah - Season2

Perlahan-lahan pintu kecil ditolak , Munirah tersengih hingga menampakkan gigi hadapannya "Aassif Jiddan ! Tadi jalan jem teruk ! Aku bertolak pun lambat tadi !" Munirah menunduk tanda minta maaf kepada sahabatnya Aminah "Hmmm , Assalamualaikum" Munirah menepuk dahinya perlahan "Wa'alaikumusalam .. Ya Allah ..." Aminah lantas berdiri dan hanya melihat Munirah yang masih dalam kepenatan , Munirah hanya menunduk . Malu sebab tidak tepati janji yang ditetapkan , Sudahlah itu program besar"Aduhh, Mesti minah marah ni ..." Bisik hati kecilnya . Aminah hanya memerhatikan gelagat Munirah "Ahahahaha ! Moon , Aku rindu kauu !!" Lantas tubuh kecil yang berdiri dihadapannya sebentar tadi dipeluknya erat "Ya Allahh ! Dah 2 tahun aku cakap dengan kau melalui telefon ! Kali ni betul-betul depan aku !" Munirah terkejut dengan tindakan Aminah sebentar tadi "Eerr ... Aku pun rindu kau jugak .." Bisik Munirah perlahan , Aminah melepaskan pelukkannya "Hmmm , kawan aku ni dah kenapa ? Tak semangat jee" Munirah tertunduk sekali lagi "Hmmm , aku ingat kau nak marah aku tadi sebab lambat ... Sebab .. tu .. sebab .. tu aku ..." Belum sempat Munirah menghabiskan kata-katanya , Aminah tertawa "Ahahahahah ! Kau pernah nampak aku marah ? Moon , takpe ! Slot kau ditukarkan waktu dengan Ustaz Farhan ! Lagipun Ustaz Farhan ada hal nanti , sebab itu aku tukarkan slot kau dengan Ustaz Farhan ... Slot kau mulaa pukull .... Ehh jap aku check jadual jap .." Aminah meraba-raba kerusi yang berada dibelakangnya "Hmm , pukul 9.30 satgi ! Boleh ? ke kau ada urusan penting ? Aku boleh uruskan .." Munirah hanya tersenyum "Boleh ! Aku tak kisah ! Terima Kasih sudi jemput aku walaupun aku lambat ! Hmm , sekarang pukul 9.00 . Aku nak ke tandas untuk berwudu' sekejap !" Aminah mengangguk kecil "Okey ! Tapi cepat tau ! Nanti nak pasang Microfon kat kau .." Munirah berlari kecil kearah tandas ditepi pentas tersebut . 

"Hmm , mana Moon ni ? Dah 20 minit dah ni .." Aminah tercari-cari Munirah yang ke tandas sebentar tadi "Takkan dia ke tandas lama sangat ..?" Entah kenapa hatinya rasa ada sesuatu yang bakal berlaku tetapi semuanya tidak diendahkan "Hmm, mungkin dia solat kot ... Hmm" Lantas Aminah merebahkan punggungnya di kerusi belakangnya . Tidak lama kemudian , Munirah datang dengan wajah pucat "Maafkan aku ! Aku solat tadi !" Aminah tersenyum "It's Okay ! Aku agak dah ! Takpe ... meh aku pasang microfon ni kat kau" Aminah menyelak sedikit tudung Munirah "Ehh , Ya Allah ! Moon ! Kenapa ada tompokan darah ni !" Munirah hanya terdiam "Tunggu jap , aku tukar tudung yang baru !" Belum sempat Munirah berlari keluar , Aminah menahannya "Waktu nak dekat , kau tukar je dengan aku ..!" Munirah tersenyum "Tak menyusahkan ke ? Nanti kau nak solat macammana ?" Aminah hanya terdiam dan menariknya kesatu lorong gelap "Kau ni kan Moon ! Kau ni selalu buat aku risau ..." Munirah hanya tersenyum "Kau pulak selalu take care untuk aku , walaupun aku tak peduli .." Aminah tergelak kecil "Dahh , Jaga elok-elok tudung aku .. Aku baru buat je tu" Bisik Aminah sambil memasangkan Microfon untuk Munirah "Okay ..!" Aminah menolak Munirah perlahan ketepi Pentas "Cepat bersiap ! Satgi Turn kau pulak naik .." Munirah membetulkan sikit tudungnya "Okeh ! Okeh ! Nervouslah pulak ..! Ahahaha !" Aminah tersenyum "Dah lama kau jadi motivator tetiba kau nak malu pulak kali ni.." Munirah mencubit perlahan pipi Munirah "Selalu aku ceramah kat Budak-budak U , Budak-budak nak SPM .. paling kolot pun Budak Form3 yang PMR taww .. Mana pernah aku ceramah kat Orang tua-tua macamni .. Ramai pulak tuu" Aminah mengaduh manja "Aish , kawan aku boleh buat ..." Sebaik sahaja Aminah hendak membalas cubitan itu Munirah dipanggil "Doakan aku ..." Aminah perasan sesuatu "Bibir Moon pucat ! and kenapa muka Moon jadi .. ahh , Perasaan je tuh .. Aku tahu dia boleh buat .."  Aminah menepis segala andaian dan menyambut Ustaz Farhan yang baru selesai slotnya sebentar tadi "Assalamualaikum Ustaz .. Hehe , macammana ok ?" Ustaz Farhan tersenyum "Wa'alaikumusalam , Itu siapa ?" "Hah ? Yang mana ? Yang naik tadi tu ke?" "A'ahh , kenapa ustaz tengok muka dia macam pucat ? ke memang jenis muka putih pucat ?" Aminah terkejut "Hah ? Iyee ?! Ya Allah .. Tadi dia ok jee .. Maybe nervous kot .." "Ohh , Ustaz pergi dulu .. ada ceramah kat Negeri Sembilan pulak ..Assalamualaikum" "Ahh , baik ... Wa'alaikumusalam .. Hati-hati.." Aminah kembali melihat kearah Munirah yang berada diatas pentas "Ya Allah , kau jagalah sahabatku .." Bisik Aminah perlahan . "Hadirin Hadirat yang dihormati sekelian , Saya perkenalkan Seorang wanita yang berjubah dan memakai tudung putih ini .. Dia berasal dari Bukit Mertajam , Pulau Pinang .. Yang berkerja dibawah sebuah syarikat sebagai Motivator yang berlandaskan Islam,, mempersilakan Cik Nurul Munirah binti Abdullah .." Munirah bangun dan melihat kearah orang ramai "Assalamualai..." Bukkk ! "Ya Allah ! Munirah !!"  Aminah terjerit kecil dari bawah pentas lalu berlari kearah Munirah yang tiba-tiba jatuh terjelepok diatas pentas "Moon ! Moon ! Kau tahan tauu !" Aminah mengangkat Munirah dengan kudratnya , Majlis jadi Huru Hara sebentar "Aminah ! Cepat bawak dia pergi Hospital ! Meh aku gantikan !" Madiha selaku pengacara Majlis berbisik perlahan "Hmm , Ok ! Maaf Madiha !" Aminah berlari kearah kereta sambil air matanya berjuraian jatuh "Ya Allah , kau selamatkanlah Sahabatku ini ..!" 

-- Bersambungg ---