Thursday, June 11, 2015

Sijil Pelajaran Malaysia (Part1)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (Part1)
----------------------------------------
Sampai bila lagi untuk aku terus bersabar ? Aku juga nak 'life' aku. Aku tak suka dikongkong ! Abbi Ummi , Zahid taknak hidup macam ni lagi !
"Zahid , bangun nak .."
Segera mata yang terlelap dibuka sikit demi sedikit .
"Ummi , Kenapa ummi ? dah subuh dah ?"
Ummi mengangguk lantas terus Ummi keluar bilik meninggalkan Zahid berseorangan dibilik . Zahid masih duduk termenung memikirkan mimpinya .
"Aku mahukan kebebasan yang hakiki ! Hidup aku semua Ummi yang konkong ! Abbi yang konkong ! Argh , minggu depan dah habis cuti ! Aku tanak balik Ma'ahad !"
Zahid memberontak sendirian .
"Argh , biarlah aku solat dahulu kalau apapun !"
***
Selesai Salam yang kedua , Sudah menjadi rutin harian Zahid membaca Al-Quran selepas solat Fardhu' 4 helai muka surat . Zahid selalunya akan khatam Al-Quran sebulan sekali sekurang-kurangnya .
"Sadaqallahuladziim .."
Al-Quran kecil ditutup dan diletakkan diatas meja study yang hampir usang , Sudah 17 tahun dia menggunakan meja tersebut . Banyak jasa meja tersebut . Ditolehnya kebelakang pula , empuk katil memanggil .
"Hmm , mungkin aku boleh tidur sekejap . Ummi bukannya tahu pun"
Sebaik sahaja mahu merebahkan diri , namanya dipanggil untuk turun makan berjama'ah bersama ahli keluarganya yang lain.
"Ummi ni ganggulah !"
***
Abbi diam , sepanjang mereka makan . Usai makan , masing-masing menunggu Abbi menghabiskan makanan yang tersisa dipinggannya . Sudah menjadi resmi keluarga tersebut , untuk menunggu Abbi usai makan dan membaca doa selepas makan bersama-sama .
"Zahid , bacakan"
Masing-masing menadah tangan , mengaminkan .
"Abbi , Along ada perkara untuk dibincangkan"
"Ada apa , Zahid ?"
"Zahid nak belajar di Sekolah Menengah Harian seperti adik-adik"
Abbi terdiam .
"Zahid tidak suka Ma'ahad tersebut ?"
"Bukan abbi , Zahid rasa biarlah kali ini Zahid ambil SPM. Sudahlah , Zahid tiada sijil UPSR mahupun PMR seperti angah biarlah SPM Zahid ambil kali ini untuk memudahkan Zahid ke Universiti yang Zahid suka Abbi"
Abbi masih terdiam .
"Maafkan Zurina Abbi , Zurina rasa biarlah Abang Zahid menuntut ilmu di sekolah Zurina supaya senanglah Zurina melihat perkembangan Abang Zahid"
Zurina memandang kearah Zahid , Zahid sudah tersengih .
"Zahid , kamu setuju ?"
Zahid mengangguk kecil , mengiyakan .
"Tetapi Abbi lebih suka Zahid di Maahad tersebut sahaja .."
"Ini tentang masa hadapan Zahid , abang . Benarlah apa yang dikatakan olehnya , sudahlah si Zahid ketinggalan pelajaran berbanding Zurina . Sekurang-kurangnya di rumah , bolehlah Zurina tunjuk ajarkan si Zahid"
Akhirnya Ummi bersuara juga , Muka Abbi berbelah bahagi .
"Baiklah Abbi setuju"
Tanpa menutup majlis , Abbi bingkas bangun meninggalkan kami semua .
"Tentang Abbi , pandailah Ummi memujuknya"
"Terima Kasih , Ummi"
***
"Along , Zurina rasa Abbi tidak bersetuju untuk menghantar Along ke sekolah Zurina .."
Zahid terdiam .
"Zurina kasihan melihat abang , kesemuanya dikonkong .."
"Abang memang tidak boleh tahan Sabar Zurina .. Abang akan buktikan yang budak Tahfiz seperti abang juga mampu berjaya seperti kau , Angah !"
Zurina tersenyum .
"Buktikan abang !"
***
"Abangnya , Kenapa dihalang cita-citanya si Zahid ? Sudah 17 tahun dia di Maahad tersebut . Zahid sudah membesar menjadi anak soleh sebagaimana abang idamkan , apa lagi abang ?"
Abbi memandang muka Ummi .
"Abang takut Zahid akan berubah seperti sejarah abang dahulu , Ummi"
Ummi tersenyum .
"InsyaAllah , Moga Allah memelihara dirinya"
***
Keesokannya ,
Pagi-pagi lagi Ummi sudah mengejutkan Zahid bersiap. Zahid pun hairan , masih awal lagi.
"Selepas Qiam , kita pergi daftar ke sekolah agama Zurina"
"Ya Allah , Ummi ! Baik Ummi !"
Selepas Ummi keluar bilik , Zahid melompat keriangan .
***
Zahid turun ke meja makan lengkap berjubah putih dan berserban, Itulah baju setiap kali dia keluar rumah . Nampak kemas dan bergaya .
"Assalamualaikum , Ummi Zurina"
"Wa'alaikumusalam , Zahid ..."
Ummi tersenyum , bangga melihat anak sulungnya .
"Siapkan meja , satgi kita makan bersama-sama"
"Baik , Ummi"
Pranggg ! Bunyi kaca jatuh dari bilik tidur utama !
"Abbi !"
‪#‎Bersambung‬
End of Part 1.

YBTT - Yang Bersambung Takkan Terputus (Part2)

Yang Bersambung Takkan Terputus (Part2)
--------------------------------------------------------------
Tulisan terhenti , seketika mata tertumpu keluar tingkap melihat keindahan alam yang jauh dari hiruk pikuk kota . Sengaja dahulu , Hafiza memilih kediaman sewa sebegitu kerana dirinya amat sukakan alam semulajadi baginya keindahan alam mampu membawa semangat . Walaupun jauh dari universiti , kami masing-masing mempunyai kenderaan tersendiri untuk ke kuliah jika ditakdirkan kuliah kami sama , kami akan naik satu kenderaan untuk ke kuliah . Kadang-kadang , kami pergi bercuti kemana-mana yang kami mampu .
Tup .. Tup .. Tup ..
Hujan mula rintik , Diana teringatkan Iman yang pergi study di library . Jam ditangan menunjukkan sudah pukul 4.30 petang , Farah dan Sarah masih tidak pulang dari kuliah . Seketika , Diana menghembus nafas lega dapat menyiapkan saki baki assigment yang diberi .
Diana melihat keruang tamu .
Kini , tiada lagi kelibat Hafiza yang mengemas ruang tamu . Tiada lagi kelibat Hafiza yang beleter setiap pagi kerana tidak bangun qiam . Tiada lagi kelibat Hafiza yang selalu minum kopi diberanda sambil baring dikerusi malas yang dibawa. Sungguh aku rindu kau Hafiza , rindu yang teramat .
"Fizaa , aku rindu kau !"
Air mata aku berjuraian jatuh , bingkas aku bangun menuju keberanda . Kerusi malas Hafiza tinggalkan buat kenangan kami berempat . Aku tersenyum , buat pengubat rindu aku terus merebahkan diri dikerusi tersebut sambil berzikir .
Teringat kata-kata keramat yang dilontarkan Hafiza kepadanya sebelum dia berangkat pergi meninggalkan kami .
"Kalau masa senang kita lupakan Allah , Jangan cari Allah time susah macammana kau tinggalkan Allah time kau senang ! Ingat , Allah tu sifat Ar-Rahman . Allah tu Ar-Rahim . Maha penerima taubat , Allah suka pada hamba-Nya yang mahu berubah dan mahu bertaubat bersungguh-sungguh . Biarlah kali ini , Allah pisahkan kita . Ana percaya lain masa kita akan bertemu lagi , InsyaAllah . Kita tunggu masanya nanti .."
***
"Assalamualaikum , Diana"
Diana terjaga dari 'tidur-tidur ayamnya', dia bingkas bangun menuju ke pintu.
"Wa'alaikumusalam , Ya Allah ! Maaf Iman ! Ana tertidur di beranda !"
"Heee , it's okay laa ! Ni Ana belikan makanan sikit , Kalau Fiza ada dulu setiap petang dibelikan cucur pisang makcik temah ni .. Sekarang dah tiada .."
"Ingat lagi , waktu first ana kenal Fiza .. Time tulah ana mula kenal erti 'Hijrah' .."
Air mata sekali lagi berjuraian jatuh , Ukhuwah yang terbina tidak mudah nak dilepaskan begitu sahaja . Kalau dahulu , setiap petang kami akan baca Mathurat bersama sekarang tidak lagi . Kalau dahulu , pagi subuh kami dikejutkan qiam sekarang tidak lagi . Kami sudahlah liat nak bangun .
"Iman faham perasaan enti , Sabarlah ea ? Kami pun sedih .."
***
Ya , Aku akui aku dulu teramat JAHIL sebelum aku masuk dunia penghijrahan yang cukup indah ni .
Kalau dulu , aku tak pernah solat .
Sekarang ,
Aku tak pernah tinggal solat .
Kalau dulu, tak pernah orang peduli tentang aku .
Sekarang ,
Kau selalu marahkan aku .
Sebab aku tahu , kau buat begitu sebab kau sayangkan aku . Kau buat begini kerana Ukhuwah kita . Kau buat begini kerana kita semua sama-sama nak masuk syurga sama-sama .
Tak rugi , Ayah aku paksa berkeras masukkan aku dibumi UIA ni walaupun dia tahu akhlak aku dah rosak teruk .
Lepas aku kenal kau , Terus segalanya berubah selepas kau hadiahkan aku satu set jubah lengkap dengan tudung , handsock dan stoking dari mesir . Malah hampir setiap bulan , kau bawa aku ke kuliah masjid yang terdekat ramai-ramai .
Aku rindu semua itu , Siapa yang nak sambung legasi tu Fiza ? Aku ? Solat pun terkontang kanting ..
"Yana , maybe Fiza tadak tapi kami kan ada ?"
Sarah , Farah dan Iman bersuara serentak .
"Kami boleh bimbing kau , kita sama-sama berubah dan sambung perjuangan yang Fiza ajarkan ! Ana yakin kita boleh buat !"
Aku bingkas bangun , terus memeluk tubuh kecil mereka . Bila Sarah dan Farah balik pun aku tak perasan .
Aku sayang mereka , Salam Ukhuwah u'olls heart emoticon
***
Fiza , terima kasih untuk segalanya . Hanya Allah yang mampu balas segala yang kau lakukan . Moga kita ketemu lagi .
The End .
Maaf , if ada typo or etc . Abaikan smile emoticon Enjoy reading !
‪#‎YBTT‬ ‪#‎Part2‬ ‪#‎CheckItOut‬ 

Wednesday, June 10, 2015

YBTT - Yang Bersambung Takkan Terputus (Part 1)

Yang Bersambung Takkan Terputus (Part 1)
-----------------------------------------------------------
Sudah setahun lamanya , kami bersama . Tupp , harini dapat tahu dia last stay kat sini sebab dapat tawaran ke Oxford . Luluh hati tu , hanya Allah sahaja yang tahu . Ukhuwah yang dijalin selama ini terpaksa kami tangguhkan dilain masa . Ya Allah , kau redhailah ukhuwah kami .
"Hafiza, kenapa enti baru bagitahu hari ini ?! Ana sedih tau tak !"
Hafiza datang menghampiri kearah kami , Muka jelas sekali menahan sebak .
"Ana terpaksa , abbi ana yang suruh ana pergi juga . Ana tak sanggup tinggalkan bumi UIA ni sayang"
Malam itu , kami berlima tolong Hafiza mengemas yang mana patut sebelum dia berlepas pulang pagi esok . Memang kami akui, antara kami Hafiza lah yang paling bijak . Tak rugi oxford kau ambil Hafiza .
"Hafiza , esoklah sambung . Farah , Sarah , Iman dah tertidur dah tu .."
"Takpe , Biarkan diorang tidur . Kalau Diana dah mengantuk , takpelah .. ana boleh kemas sikit-sikit lagi .."
Aku memang dah tak tertahan , Sebak . Terus aku memeluk tubuh kecil Hafiza . Air mata berjuraian .
"Hafiza , kalau ditakdirkan inilah pertemuan terakhir antara kita . Ingat ! Sejauh mana pun Allah pisahkan kita , masih ada Dia yang menyatukan kita ! Kita saling tembak menembak didalam doa ,Fiza ! Jangan Lupa !"
"Ya Allah , kenapa kau harus pisahkan kami ya Allah .. selepas setahun lamanya kami bersama mengharungi segala Ujian-Mu ya Allah .."
***
"Kring .. Kring .. Kring .."
Alarm dari telefon Nokia 3310 milik Hafiza berbunyi menandakan waktu untuk Hafiza bangun untuk berqiam .
"Ya Allah , dah 5.30 pagi ? Barang tak habis kemas lagi ..anyway kena utamakan yang penting dulu .. Hmm , Diana tk bangun lagi .. Diana .. Diana .."
Tubuh Diana masih terbujur kaku .
"Hmm , Diana mungkin letih sangat kot .."
Hafiza terus ke bilik air . Pulang dari bilik air pun , Diana masih tidak bangun .
"Lepas solatlah ..."
***
Pukul 7.30 Pagi .
Bacaan Yaasin dialunkan disebelah telinga . Farah , Sarah , Iman dan Hafiza masing-masing berada dipangkuan aku . Kain putih menyelimuti badan aku . Ya Allah , Cepatnya Kau ambil aku . Mereka masing-masing menangis sesama mereka . Ibu bapa aku pun ada ?
"Dianaaaa , Bangunlahhhh !"
Diana tersedar dari mimpinya , Berpeluh-peluh dibuatnya .
"Sembahyang Subuh ! Dah 7.30 dah ni !"
"Really ?!"
Zapppp ! Sepantas Kilat Diana lesap dari tempat tidurnya menuju ke Bilik Air .
***
After Subuh 'Gajah'
"Hafiza dah packing kesemua barang ? Maafkan ana sebab tertidur semalam tongue emoticon "
"It's okay , dear . Masing-masing penat lepas kita shopping then kena kemas barang sampai tengah malam , heee upset emoticon Aassif kalau menyusahkan !"
Diana tersenyum , lalu dicubitnya pipi tembam Hafiza .
"Yana ..!"
"Lepasni , kita tak boleh macammni dah smile emoticon "
"Yana , ingat lagi tak . Pertemuan first kita ?"
Hafiza tersenyum sinis , Mengiyakan .
"Time tuu , Ana sendiri JAHIL tentang agama .. Ana .."
Part 2 Coming Soon !

Sunday, June 7, 2015

Ahmed Ramadhani - Kini kau hadir jua . (Trial Ver)

10 Hari sebelum ramadhan .
Entahlah , tengah aku excited tunggu bulan ramadhan . Boleh aku demam panas , maybe sebab aku main hujan selepas pulang dari KLIA . Dah lama aku tak jenguk Malaysia . Malaysia , kau apa khabar...
Tap ..
"Iman , nak makan tk ?"
Iman tersenyum , menggeleng . Aunty Zah berlalu pergi . Sudah masak dengan sikap aku mungkin.
"Hmm, malaslah nak sambung .. Petang ni pulak lah .."
Buku Note Bersaiz B5 itu ditutup perlahan . Iman mengeluh kecil dan ditenungnya ke luar tingkap .
"Hmm , harini pun hujan jugak ? Padanlah sejuk .."
Iman bingkas bangun , sekeping gambar terjatuh . Iman segera mencapai .
"Ohh , gambar tahun lepas di Melbourne dengan Dhani .."
Ditenungnya gambar itu lama . Teringat kisah silamnya ketika dia masih diselubungi jahiliyyah dahulu .
Flashback------
"Oi , Man ! Tak puasa ke ?!"
Iman terbatuk kecil, terkejut .
"Sedap hati kauu jee , tuduh aku! kau nampak aku makan ke ?"
"Hmmm, aku tk kata kau makan .. Aku just tanya .. Sebab tuu kat mulut kau tuu apa ?"
Dhani memuncungkan mulutnya .
"Ini rokok , bukan gula-gula !"
"Yeahh , tahu pun. Tahu tk merokok time bulan puasa ni HARAM!"
"Ehhh , Asal pulak ?"
"Cuba kau lihat dan fikir secara logik , apa faedah kau merokok ni ? Kau tahukan , dalam kandungan rokok ni ada apa ? Hmm , Mann ... Man .."
Dhani menepuk perlahan belakang Iman . Iman tertunduk , Malu . Perlahan-lahan rokok aku diambil dan dipijak-pijak , Sedih tu ada la jugak . Dunhill kot .
"Ok ? Ohh , Wait . Sebelum aku terlupa dalam beg kau"
Dhani merebut beg galas sebelum sempat Iman lari , Sekotak rokok dikeluarkan dan perkara sama dilakukan .
"Babee aku.."
"Man , kau nak tak Allah terima amalan kau ? Kau dh la pemalas la ganti puasa !"
"Hmm , oklah !"
Sebagai tanda protes , Iman mempercepatkan langkahnya menuju ke rumah sewa . Dhani hanya tersenyum , Dia tahun Iman boleh berubah walaupun Iman agak 'keras kepala' tetapi tadi dia sikit pun tak melawan.
Malam Terawikh .
"Oi , Man . Cakap nak solat terawikh kt masjid harini ?"
"Aku dah tak boleh gerak wei , nak meletup dahni .."
Dhani tergelak .
"Aku blah dulu , Salam Alaik' "
"Okeke , Blah la kau . Wasalam .."
Sahur .
"Bangun sahur woi ! Aku dah masak dh tuu , tunggu nak makan jee.. Man ! Bangunn !"
"Hmm , dh bangun dh la ni .."
"Bangun !"
******
Memang Iman respek Dhani , sebab sanggup jadi 'Ibu' Iman sepanjang mereka berkerja di Melbourne bersama-sama . Macam-macam cara yang Dhani buat untuk mendidik Iman untuk terus istiqamah .
"Dhani , andailah kau masih ada lagi ..."
-- The End --
Full ver coming Soon !

Monday, June 1, 2015

Manusia VS Teknologi

Bila teknologi dah selalu 24-jam kat tangan ,
Kononnya untuk terus dapat maklumat yang terkini .

Manusia dan Teknologi .

Terutama Umat Islam .
Ramai yang berpecah belah kerananya .
Senjata umat yahudi untuk memecahbelahkan umat islam .

Bangkitlah .
Nak guna tak salah ,
Tapi lihatlah ,
Betapa ramai yang lagha disebabkannya ?

Anak-anak kita ,
Kawan-kawan kita ,
Adik beradik kita ,

Dan yang paling utama sekali ,

Ibu bapa kita ,
Sebagai role model.

Ada masanya ,
Teknologi ini menghubungkan ,

Ada masanya ,
Teknologi ini menghancurkan .

Tapi ternyata lebih banyak keburukan berbanding kebaikan .

Jika anda bijak ,
Gunakanlah dengan sebaiknya ,
Di jalan yang diredhai Allah .


Sekian .

Hamba Hina :
Amirah Zolnuri ,
Isnin
1 Jun 2015
3 : 08 petang