Sunday, March 15, 2015

SHOOT 4 - Seandainya Engkau Mengerti (The Last)



"Aisya .."
"Ya , Mama ..?"
"Aisya dah besar kan malah Aisya dah kerja .. jadi kalau Mama nak cakap something Aisya jangan cakap apa-apa .."
"Kenapa dengan Mama ni .."
"Mama nak Aisya kahwin minggu hadapan .. boleh ?"
Aisya tersedak , Terkejut dengan permintaan Mamanya malahan Athiyah pun terkejut . Mama langsung tak berbincang dengan dirinya terlebih dahulu .
"Aisya , boleh ? Mama dah tua .. teringin nak tengok Aisya berumah tangga .. dapat Cucu .."
"Mama ni .. cakap macam ada orang masuk meminang Kak Aisy ... Ahaha"
Athiyah dan Aisya tergelak kecil , Mama hanya tersenyum .
"Sebab ada orang datang meminanglah , Mama tanya Aisy .."
Aisya terkedu seakan-akan tidak percaya .
"Hisyam ke Maa ?"
Mama mengangguk kecil .
"Mama tolak pada mulanya , sebab kesian dekat kamu .."
"Lepastu , Hisyam cakap ape maa ?"
"Mama uji dia , Mama suruh dia baca Surah Yusuf dan Surah Nisa' .."
Aisya terdiam .
"Tahu tak .. Apa yang terjadi ?"
"Mama cerita jee ! Athiyah dah excited dah ni !"
"Dia baca dengar lancar sekali tanpa rujuk Al-Quran .. dengan Tarranumm .. Mama kagum sesangat ! Dia cakap dia ke Pusat Tahfiz dan belajar selama 2 bulan tentang Ilmu Al-Quran .. Semata-mata demi kamu Aisy .. dia nak jadi yang terbaik untuk kamu ... So, Mama pun terima jelahh .."
Aisya tertunduk , seakan-akan tidak percaya dengan apa yang Mama cakap .
"Ohh , yaa .. Haritu Aisya ada bertunang kan dengan dia ?"
"Ehh , sejak bila ?"
-- Flashback --
"Takpe Aisy , kau tunggu apa yang aku nak buat ..."
Sambil melihat Aisya pergi , Hatinya sebak
"AISY ! TUNGGU ABANG ! ABANG JANJI AKAN BAWA KITA KE JALAN YANG ALLAH REDHA !"
Kata-kata itu Automatik terpacul dari mulutnya , Hisyam sendiri terkejut . Aisya hanya tersenyum sendiri
"Jika berani , datang kepada yang berhak . Baru gentleman"
Hisyam tersengih sendiri.
"Abang janji , rumah lama ke pindah ?"
"Cari jawapan sendiri , baru gentleman .."
--- End Of Flasback ---
"Ohh yaa ! Eh , kalau dah berjanji untuk bernikah tu kiranya dah tunang eh ?"
Mama mengangguk , mengiyakan .
"Kak Aisy , dah nak kawen .. Athiyah ni taktau bila lagii .."
"Kalau athiyah nak , Ambik lahh Hisyam tu ,, Biar langkah Bendul"
"Mana boleh , itu kak Aisy punyaaa ...Mama ni "
"Ahahaha !"
Tiga beranak itu tergelak sesama mereka , Aisya hanya tersenyum , bersedia kerana tak lama lagi akan muncul orang baru dalam hidupnya sebagai pendamping .
--- Seminggu Kemudian ---
"Aku nikahkan dikau Aisyah binti Abdullah dengan Mas kahwin sebanyak RM1,500 tunai .."
Hisyam menarik nafas
"Aku terima nikahnya Aisyah binti Abdullah dengan Mas kahwin sebanyak RM1,500 tunai .."
Si Imam bertoleh kekiri dan kekanan , bertanyakan sesuatu .
"Alhamdulillah , Sah .."
Hisyam tersenyum , Lalu ditadahkan kedua telapak tangannya untuk memanjatkan doa kepada Sang Khaliq .
Usai berdoa , Si pengantin wanita dan si pengantin Lelaki menunaikan solat sunat berjemaah . Lalu upacara membatalkan air sembahyang berlangsung .
"Assalamualaikum , Aisya .."
"Wa'alaikumusalam .."
"Aisya , mari sini jari tu .. abang sarungkan cincin ni .. abang pilih sendiri .."
"Abang ? Ahaha colonthree emoticon Aisy ingat abang main-main je tentang perkara dulu tu .."
"Shh , cepat .. Bismillah .."
---- The End ---
Akhirnya , Hisyam dan Aisya pun bahagia colonthree emoticon

Saturday, March 14, 2015

Peahhh ! Aku rindu Hang !

"Wei , Farah ! Anis ! Cepat masuk dorm berzikir ! Nak Maghrib ni ! Cepat!"
Minah memperlekoh mereka yang asyik bersembang di Dewan Makan . Mereka tidak mengendahkannya , malah mereka meneruskan perbualan antara mereka . Minah kecewa lalu meneruskan rondaannya .
"Heih , Menyibuk jelah Kak Minah tu !"
"Kan .. Mentang-mentang Kak Peah tu takde dia pulak sibuk yang ambil tugas Kak Peah .. Gila kuasa sungguh .."
Mereka berdua tergelak .
"Sebelum aku penyepak muka korang yang tak segak tu , aku kira sampai tiga baik korang masuk dorm .. 1 .. 2"
Farah dan Anis segera berlari bagai tak cukup tanah , Tergelak Peah dibuatnya .
"Eh , kenapa ni Farah ? Anis !"
Minah jatuh terduduk selepas dilanggar Farah dan Anis yang lari tak cukup tanah tu . Matanya tertancap pada satu tubuh yang amat dikenalinya , Peah .
"Peahhh !"
Minah terus bangun memeluk tubuh itu disusuri dengan tangisan air mata yang berjuraian .
"Kau tahu tak ! Seminggu kau takdak aku ganti tempat kau ! Punya seksa ! Akhirnya kau datang jugak ! Aku rindu gila kau ! Peahh , kau dah sembuh sepenuhnya takk ?! Aku tanak ganti kau lepas ni ! Sumpah aku taknak ganti kau lepas ni !"
Peah tersenyum sambil memeluk erat Minah .
"Ini ke Minah yang aku kenal ? Yang mudah mengalah ! Yang Give up ! Mana Minah yang selalu Nasihatkan aku ! mana ?! Mana ?!"
"Peah , aku selalu kena hina ! Selalu bila aku cakap diorang buat taktau jaa .."
"Minah , hang kena ttau .. Inilah dugaan Dakwah .. kita taktau apa lagi dugaan kita , Ini baru tugas dakwah dalam Asrama . Tak lagi kt luar , yang lagi banyak ragam , yang lagi bodoh tentang pengetahuan agama . Sebab itu kita kena kuat ! Qawiyy Lillahita'ala"
Minah terdiam , mengesat air mata yang dari tadi laju mengalir dipipinya. Peah menyalitkan sesuatu dipipi Minah .
"Happy Birthday Minah ! Aku tau birthda kau tiga hari lepas colonthree emoticon Sori aku lambat wish kat kau ! Nah kek Fav kau smile emoticon Chocolate Blueberry ... Sanah Helwah ! Aku doakan moga kau selalu panjang umur dan bahagia dan Sabar dengan tugas Dakwah kau !"
Minah tersenyum .
"Kau dah didik aku dengan kesabaran , Kini aku pulak yang akan pimpin kau pulak ! Jom masuk dorm !"
"Ok ! Satu .. duaa .. Tigaa ..!"
Mereka berdua berlari bersama , Peah dan Minah memang dah tak hiraukan apa-apa . Beg baju , Baju sekolah ditinggalkan begitu sahaja . Demi meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran Minah .
"Peah ! Salam Ukhuwah Fillah ! Sayang kau ketat-ketat !"
"Wa ana Aidhon ! Sayang kau dunia akhirat !"
------ Tamat --------

"Teringin nak cari sahabat cenni" 

Amirah Zolnuri 
14 Mac 2015