Friday, February 20, 2015

Peah ! Jangan Upload !

Selepas berselfie , Peah tersenyum gedik . Kemudiannya , gambar itu diedit sebelum terlebih dahulu sebelum diupload di media sosial seperti Facebook , Insta , Twitter dan etc.
"Hmm , kalau Minah tengok mesti dia mengamuk .. Lantaklah , Aku punya . Sukati akulah .."
Hati kecil Peah berbisik .
"Peaah , kenapa tak upload banyak lagi ? Upload ye gambar kau tergedik-gedik , nampak aurat .. Kenaa sikit je kau upload ?"
Minah mula bersuara sebaik sahaja membuka telefon Oppo yang baru dibelinya seminggu lalu . Muka Peah sudah merah , geram .
"Kau ni Minah ! Jeles cakap aje lah !"
Minah tertawa kecil .
"Aku jeles ? Bwahahaha ! Daripada aku dapat saham dosa , lebih baik aku tegur kau ! Harap je dapat Jawatan Biro Dakwah di sekolah kau ! Tapi kau langsung tak bagi contoh untuk aku yang bukan sekolah agama macam kau ! Sepatutnya kau dakwah aku ! Bukan aku dakwah kau !"
Peah terkesima . Betul cakap Minah . Sepanjang dia tegur budak-budak asramanya agar menjaga aurat , solat , mereka langsung tidak mengedahkannya . Mungkin ini kifarah baginya ? Wallahualam .
"Kau tahu Peah ? Sekali kau upload gambar , Free je kau bgi lelaki lihat maruah kau walaupun kau tutup aurat bahkan berniqab sekalipun !"
Peah hairan .
"Kenapa ?"
"Mata lelaki tak sama dengan mata wanita , dengan sekeping gambar . Dia boleh berimaginasi yang bukan-bukan bahkan edit sehingga kau tidak berpakaian ! Kau tak rasa malu ke ? Bruhh .."
Minah bangun mengambil Wudhu' meninggalkan Peah yang masih tertunduk . Barulah dia sedar mengapa Minah asyik memarahinya walaupun Peah hnya memasukkan sekeping gambar .

ZINA TU PEAH !

"Kyahhh , Hensem la mamat tuu !!"
Peah tersenyum sendiri sambil tersengih-sengih macam kerang busuk . Minah sudah meluat dengan adegan Peah tersebut .
"Wei , ang tengok Mamat tu hensemm macam artis kpop ahh !! melting aku baq hang"
Minah bangun menampar Peah sekuat hatinya , Peah terkesima .
"Nabi cakap , nak mencengah maksiat dengan tiga , dengan mulut , dengan tangan dan dengan hati. Hang tengah Maksiat !"
"Maksiat ! Aku tak buat apapa pun ! Aku tak couple ! Aku tak cakap dengan lelaki sesuka hati aku ! Tak baik tuduh !"
Minah tersenyum .
"Zina hati tu peah , hang usha lelaki sana sini .. Tak baik .. kesian hati hang .. Daripada hang usha laki lebih baik ang usha muka makpak ang , dapat Pahala free"
Barulah Peah mengerti mengapa dia perlu dapat hadiah tersebut daripada Minah .

Amirah Zolnuri 
21 Febuari 2015

Wednesday, February 18, 2015

Salam Rindu dari Si Hati

Duhai Bonda .
-----------------
Nama aku dipanggil ketika perhimpunan , semua menoleh kearahku . Aku tersenyum , sudah tahu apa yang bakal terjadi .
"Aisyah .. kali ni dah empat kali dalam minggu ni kamu kerjakan budak-budak yang tak bersalah tu, Kali ini saya tak boleh berkompromi lagi .. Bapa awak akan sampai tengah hari nanti .. Cikgu dah telefon pagi tadi"
Aku tergamam , mata aku membulat .
"Ayah .. nak datang ? B..betul ke ni Cikgu ?"
"Ye lahh , betul lahh .. takkan cikgu nak bohong pulak.."
Aku menjerit sepuas-puas yang aku mahu , aku bukan menjerit geram tetapi menjerit kegembiraan . First time, Ayah nak datang sekolah aku !
"Cikgu ! Betul ke ayah saya nak datang ! Yeayyy"
Cikgu Hidayah terkejut , melihat aksi aku yang terlompat-lompat dibiliknya. Sepatutnya aku takut bukannya gembira macam aku sekarang ni , Gila.
"Aisyah ?! Kamu ni dah kenapa ? Dalam banyak-banyak orang , kamu yang paling pelik ! Terjerit -jerit dengan masaalah kamu ! Patutnya kamu malu ! Sebab dah burukan nama kamu dan ayah kamu !"
Aku terhenti sebentar melontarkan senyuman pada Cikgu Hidayah , Lalu aku merebahkan diri dikerusi yang terdekat .
"Cikgu , ingat tak waktu saya Form 1 ?"
Cikgu mengangguk kecil .
"Saya raih pelbagai anugerah untuk tarik perhatian ibubapa saya , tapi .. mereka selalu sibuk .."
"Sebab ibu bapa kamu terlalu sibuk , kamu kena faham situasi mereka .."
"Faham ? Faham ? Mereka tak pernah luangkan masa sedikit pun untuk memahami saya , macammana saya nak memahami mereka ? Mereka keluar bekerja sehingga larut malam , saya tunggu sehingga tertidur , kekadang bila saya bangun awal untuk lihat wajah ibubapa saya , mereka lebih awal keluar ke kerja . Macammana saya nak faham cikgu ?"
Air mata menitis setitis demi setitis.
"Aisyahh .. kamu .."
"CIKGU TAKKAN FAHAM SAYA ! BUAT APA SAYA DILAHIRKAN DENGAN KELUARGA BERADA TAPI MISKIN KASIH SAYANG ?!"
Cikgu Hidayah terkejut , Aku lantas berdiri sehingga kerusi jatuh menyebabkan bilik kauseling itu bergema . Pintu dikuak perlahan , ayah dan ibu aku dibelakang aku sambil menangis , Aku terkejut .
"Ayahh? makk ?"
Ini kali pertama , aku lihat ayah dan ibu menangis teresak-esak selepas sepanjang 16 tahun aku berseorangan menanti kasih sayang daripada bonda & ayahanda . Tubuhku ditolak perlahan oleh Cikgu Hidayah .
"Pergi , minta maaf dengan ibu dan ayah kamu .."
Aku akur , perlahan-lahan air mata aku berjuraian jatuh. Terasa berat kaki ini hendak melangkah untuk memeluk kedua tubuh yang aku cintai , malu pada diri ini .
"Aisyah , pergi .. minta maaf dengan ibu dan ayah kamu .. kesian mereka .. kamu sayang tak ibu dan ayah kamu ?"
Aku mengangguk , kaki aku terus berlari mendapatkan ibu dan ayah aku . Aku terus memeluk mereka tanpa menghiraukan apa yang terjadi , Sungguh aku rindu , terlalu rintu belaian kasih sayang mereka .
--Tamat---
Amirah Zolnuri 
18 Febuari 2015

Saturday, February 14, 2015

Salam Rindu.

Sempena pemergian Allahmarhum Tg Nik Aziz , Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat TGNA . 12 Febuari 2015 , 9.25 p.m ,Khamis Malam Jumaat . 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yang hidup, pasti akan merasai mati. terima kasih ya allah, pinjamkan kami tok guru nik aziz, tak puas rasanya mendengar kata2 azimat darinya. Al fatihah.

Banjir Besar Di Negeri Kelantan Baru2 Ini Rupanya Petanda Besar Kesedihan....Awan Terlebih Dahulu Menangis Kerana Mengetahui Akan Hilangnya Seorang Ulama Hebat...

Bumi Pula Menerima Air Bagi Membersihkan Dirinya Untuk Menerima Jasad Seorang Ulama Hebat...Moga Tenang Roh Beliau Disana...

Al-Fatihah Buat T.G.N.A...
#NukilanSeorangHamba 


Sunday, February 8, 2015

SHOOT 3 - Seandainya Engkau Mengerti .


Credit to : Muhammad Rusydi


"Sadaqallahulladzim ...."

Bacaannya ditamatkan , berkali-kali rotan milik ayahnya singgah di paha disebabkan gugup , salah dan tidak tertib . Hisyam hanya tersenyum , Malu pada dirinya . Umurnya sekarang mencecah 27 tahun tetapi masih merangkak membaca Kalam Suci itu walaupun sudah mengenali sedari kecil tiba-tiba sedang asyik melihat bayu malam dia teringat semula pertemuannya tiga hari lalu dengan bekas kekasih hati  'Aisya' . 

"Aisya , sampai hati tinggalkan abang macamtu ..."

Ayahnya hanya melihat dari dalam , melihat anak terunanya yang masih termanggu diberanda rumah . 

"Hisyam mari masuk , sembahyang isya' jemaah ..." 

"Ya ayahh , Nanti along masuk .."

-- Flashback --

"Takpe Aisy , kau tunggu apa yang aku nak buat ..."

Sambil melihat Aisya pergi , Hatinya sebak 

"AISY ! TUNGGU ABANG ! ABANG JANJI AKAN BAWA KITA KE JALAN YANG ALLAH REDHA !" 

Kata-kata itu Automatik terpacul dari mulutnya , Hisyam sendiri terkejut . Aisya hanya tersenyum sendiri 

"Jika berani , datang kepada yang berhak . Baru gentleman" 

Hisyam tersengih sendiri.

"Abang janji , rumah lama ke pindah ?"

"Cari jawapan sendiri , baru gentleman .."

Hisyam terasa dicabar , Senyuman palsu dilemparkan kearah Aisya .

-- End of Flashback --

Janji itu digengam kemas , Sebagai seorang lelaki muslim dia harus menunaikan Janji . 
Berjanji bahawa dia akan berubah dan terus masuk 'line' Aisya tak kira apa pun yang berlaku .

"Ayahh , tunggu Along ! Along nak solat sekali !"

Ayahnya terkejut , Selalu Hisyam adalah orang yang paling malas nak solat tambah-tambah bila diajak berjemaah .

"Ayah , solat sunat dulu ... cepat ambil wudu'"

"Yaa Ayahh ..."

Hisyam terus berlari menuruni anak tangga , Ayahnya tersenyum melihat perubahan Hisyam . 

"Ya Allah , kau peliharalah hati kecil anakku .. Mudah-mudahan dia istiqamah"

***

3 Bulan sudah berlalu , 
Telefon bimbit Aisya sunyi ,
Tiada panggilan atau mesej masuk semenjak dua tiga hari ini  ,
Terasa sunyi pula ,

"Kak Aisy , Athiyah ada Usrah kt masjid nak ikut tak ?" 

Athiyah terus meluru masuk menyebabkan Aisya sedikit terperanjat 

"Ya Allah , hmmm .. tak kott , ingat nak stay rumah"

Athiyah mengangguk perlahan , Pintu ditutup perlahan .
Selang beberapa minit kemudian , Loceng rumah berbunyi menghapuskan kesunyian sebentar .

"Takpe , Aisy . Biar mama yang jumpa dia ok"

Aisya mengangguk , Hairan .

"Okeh , mama .."

***

"Kamu ke sini untuk apa ? Bukan Aisya dah takde kaitan dengan kau dah ke ?" 

"Makcik , sebenarnya saya ke sini ada tujuan .."

Muka Mama Aisya berkerut , Hairan . Hisyam menarik nafas sebelum meneruskan percakapannya . 

"Saya datang nak ...."

--- Bersambung ---

Friday, February 6, 2015

SHOOT 2 - Seandainya Engkau Mengerti

Credit to : Muhammad Rusydi

Di ruang tamu , Hisyam sedang termangu menunggu ayahnya mengaji .
Hisyam ada perkara yang serius untuk dibincangkan bersama ayahnya .
"Assalamualaikum , Ayah .."
Ayahnya tidak menyahut , sebaliknya ayahnya meletakkan Al-Quran disatu rak yang disediakan Khas untuk meletakkan Al-Quran .
"Wa'alaikumusalam , Ha apa ?"
Hisyam tersengih , tersipu-sipu malu .
"Ayah , Along nak ayah ajarkan along mengaji boleh ?"
Mata ayahnya membulat .
"Betul ke ni ? Ke along kena sampuk ??"
Hisyam mencebikkan mulutnya .
"Along serius ni ayah ..."
Ayahnya bangun semula mendapatkan Al-Quran sederhana besar berwarna coklat gelap , apabila dibuka ditepinya terdapat terjemahan & penerangan setiap ayat-ayat Al-Quran dalam bahasa melayu dan berwarna-warni . Hisyam ternganga sebentar , Dia hanya tahu Al-Quran bersaiz A4 dan berwarna putih .
"Ayah , Al-Quran ni cantik .. Warna-warni lagi .. Fuyoo siap ada terjemahan lagi , tulisan ni kaler emas lagi .."
Ayahnya tersenyum melihat gelagat anak tunggalnya .
"Bismillah , mulai sekarang ayah ijazahkan Al-Quran ini untuk kamu"
Hisyam tersenyum , sudah berbulan lamanya tangan itu tidak menyentuh kalam suci Al-Quran . Hisyam serba salah , kalau tidak kerana Aisyah dia pasti tidak akan sedar lagi dan dia pasti berada di jalan zina yang sememangnya tidak diredhai Allah .
Paap ! Satu hinggapan singgah dipahanya .
"Aduhh ! Ayah janganlah rotan ! Saya bukan budak kecil .."
Ayahnya tersenyum , sambil membuka helaian demi helaian Al-Quran dihadapannya .
"Cepat , baca Surah Al-Fatihah ni dulu ..."
Hisyam memulakan bacaan perlahan-lahan .
"Bismillahirrahmanirrahimm ..."
--- Bersambung ---

Moga Allah redha ...
06 Febuari 2015 
Nur Iman Az-Zahra