Saturday, April 25, 2015

CHAPTER 2 : Nasyid Performance

--Nasyid Performance--

Chapter 2--------------------------

Ting Tong .. Ting Tong ..
Bilik ayah diketuk beberapa kali dan disusuli dengan pemberian salam .
"Assalamulaikum , Ayah !"
"Wa'alaikumusalam , Iman ? Ada apa ?"
Iman tersenyum lebar , Sampul surat diberikan perlahan .
"Hmm , surat apa ini ?"
"Ayah , bacalah dulu !"
Sampul surat dibuka dan dikeluarkan isinya , Ayah mula membaca dengan perlahan .
"Oh , surat dari sekolah tempoh hari !"
Iman mengangguk kecil .
"Hah ?! Dapat ?! Iman dapat ! Alhamdulillah !"
Ayah terlompat kecil bersama Iman , Ummi datang .
"Astaqfirullah ! Abang ! kenapa ni ?!"
"Kamu baca ini , Iman dapat kesekolah tu !"
"Iyee ? Alhamdulillahh !"
Iman tersenyum lebar , memikirkan sekolah impiannya .
***
Hari Taklimat Persekolahan .
Kereta Saga buruk berwarna merah dihentikan dihadapan bangunan sekolah itu , Iman turun dahulu sementara ayah dan Ummi pergi mencari parkir untuk meletakkan kereta.
"Assalamualaikum , Adik .. Sila ikut laluan sini"
Iman menjawab salam perlahan , matanya tertumpu pada 'nametag' kakak tersebut , Mawaddah.
"Wa'alaikumusalam , Terima Kasih"
Selepas bersalaman , Iman terus ke laluan untuk ke dewan untuk taklimat yang akan dimulakan tak lama lagi .
"Dewan Al-Hasyimi .. Kalau ikut tentatif yang diberi .. Hmm , betul lah ni .."
Iman terus masuk sambil melemparkan senyuman kepada waris yang ada disitu , Majlis nak mula .
"Assalamualaikum WBT. Sebelum kita buka majlis kita , eloklah kita mulai dengan Ummul Kitab Al-fatihah .."
***
Usai Taklimat , Para pelajar terus ke Bangunan Asrama untuk sesi Pendaftaran . Tiba di bangunan Asrama , Iman sekali lagi bertembung dengan Kak Mawaddah .
"Adik-adik sila lihat nama masing-masing di Papan Kenyataan , Selepas itu terus adik-adik boleh masuk ke dalam Dorm yang telah ditetapkan oleh pihak kami .."
Iman meluru kearah Papan Kenyataan , Melihat satu persatu kertas yang ada , Matanya tertancap pada namanya .
"Nur Muhammadnur Iman binti Abdullah , Dorm Hafsah .."
Tap, Bahunya dicuit .
"Iman !"
"Afifah ?"
Iman tersenyum , Afifah rupanya .
"Iffah dapat Hafsah , Iman ?"
"Hafsah ? Eh , kebetulan ! Sama la kita !"
"Ya ? Yeayy , ada teman ! Ummi , Iffah ada kawan !"
Ibu Afifah datang menghampiri , Iman tersenyum .
"Assalamualaikum , Makcik .."
"Wa'alaikumusalam , Sorang je ke ?"
"Eh , taklah datang dengan Ummi dan Ayah .."
Pap , Sekali lagi bahu Iman dicuit tetapi kali ini lebih kuat .
"hmm , Imann ..."
***
Bersambung..
‪#‎SalamUkhuwah‬
Cerita ni akan di'post' secara berkala colonthree emoticon

Friday, April 3, 2015

CHAPTER 1 : Nasyid Performance

-- Nasyid Performance --

Sebuah Kisah merapu ilham Nurul Amirah binti Zolnuri , Saksikan .

Cast :
Iman
Aini
Afifah
Farah
Fatihah
Fakhira

***
Chapter 1 
------------------------
Selepas keputusan UPSR keluar , Kami dibawa ke sebuah sekolah . Kami masing - masing tidak mengenali satu sama lain . Kami ke temuduga sekolah itu sebab ibu dan ayah yang paksa .
"Baik , semua pelajar diminta berhenti . Sila letakkan pen anda , anda diminta untuk ke Dewan seterusnya untuk Ujian bacaan"
Seretan kerusi memeriahkan suasana didewan tersebut . Iman masih termangu duduk dikerusinya sehinggalah ..
"Oi , kau tanak ke dewan sebelah ke ? Tadak geng kee ? Jom ahh pergi dengan aku .."
Iman tersenyum .
"Iman nak tunggu semua orang keluar dulu , Iman tak suka berebut"
"Iman ? Aku Afifah .."
Afifah ni seorang yang peramah , orang yang dia kenal ke tak kenal ke . Semua dia tegur , sebab itu orang ramai senang dengan dia . Katanya nak mengeratkan sillaturrahim .
"Iman , kau memang nak masuk ke sekolah ni ?"
Iman mengangguk kecil , mengiyakan .
"Sebab ? iffah bukan nak masuk sangat pun sekolah ni . Mak Iffah yang paksa ! Iffah tak suka !"
Iman tergelak kecil .
"Kakak Iman , Abang Iman semua datang temuduga sekolah ni tapi diorang tak dapat , Semua bagi harapan untuk buat elok-elok untuk dapat sekolah ni disini .. Iman harap sangat-sangat !"
Afifah tersenyum .
"Jom !"
Belum sempat aku menjawab , dia sudah terlebih dahulu menarik perlahan tangan aku masuk ke dewan seterusnya . Setiap satu persatu meja temuduga dipenuhi orang ramai yang sebaya dengan mereka .
"Afifah , eh dah hilang ?"
Mata Iman tertancap pada satu ruangan kosong , tiada siapa yang berani ke ustazah itu kecuali Iman .
"Assalamualaikum , Ustazah .."
Ustazah tersebut tersenyum , dan mempersilakan Iman duduk .
"Wa'alaikumusalam , Ada bawa kertas hijau tu ?"
Iman mengangguk kecil , lalu diberikan lembut kertas tersebut .
"Ohh , dulu budak Tahfiz la ni .. Iman dah hafal berapa juzuk ?"
Iman tersengih menampakkan barisan gigi hadapannya .
"Ok , Iman baca ayat ni sehingga ayat ni .. Bismillah .."
"Bismillahirrahimanirrahim .. "
Dalam ruangan dewan itu , bergema suara Iman . Bacaan Iman memang merdu !
"Sadaqqallahuladzim.."
"Baiklah Iman , Sesi Ujian sudah tamat . Iman boleh pulang sekarang dan jika ada apa-apa maklumat pihak kami hantar surat ke alamat rumah Iman di Taman Seri Menanti , Rumah kebajikan anak-anak Yatim ?"
Ustazah melihat lama wajah Iman .
"Iman , Ustazah Doakan Iman bahagia ! Ustazah harap dapat jumpa Iman Tahun Hadapan , InsyaAllah"
"Doakan saya , abang-abang saya , kakak-kakak saya , Ummi dan Abbi saya dan Ibubapa saya tau ustazah !"
Ustazah tersenyum , Iman menunduk kecil .
***
Bersambung --
‪#‎SalamMaghrib‬
Cerita ni akan di'post' secara berkala colonthree emoticon