Thursday, June 11, 2015

YBTT - Yang Bersambung Takkan Terputus (Part2)

Yang Bersambung Takkan Terputus (Part2)
--------------------------------------------------------------
Tulisan terhenti , seketika mata tertumpu keluar tingkap melihat keindahan alam yang jauh dari hiruk pikuk kota . Sengaja dahulu , Hafiza memilih kediaman sewa sebegitu kerana dirinya amat sukakan alam semulajadi baginya keindahan alam mampu membawa semangat . Walaupun jauh dari universiti , kami masing-masing mempunyai kenderaan tersendiri untuk ke kuliah jika ditakdirkan kuliah kami sama , kami akan naik satu kenderaan untuk ke kuliah . Kadang-kadang , kami pergi bercuti kemana-mana yang kami mampu .
Tup .. Tup .. Tup ..
Hujan mula rintik , Diana teringatkan Iman yang pergi study di library . Jam ditangan menunjukkan sudah pukul 4.30 petang , Farah dan Sarah masih tidak pulang dari kuliah . Seketika , Diana menghembus nafas lega dapat menyiapkan saki baki assigment yang diberi .
Diana melihat keruang tamu .
Kini , tiada lagi kelibat Hafiza yang mengemas ruang tamu . Tiada lagi kelibat Hafiza yang beleter setiap pagi kerana tidak bangun qiam . Tiada lagi kelibat Hafiza yang selalu minum kopi diberanda sambil baring dikerusi malas yang dibawa. Sungguh aku rindu kau Hafiza , rindu yang teramat .
"Fizaa , aku rindu kau !"
Air mata aku berjuraian jatuh , bingkas aku bangun menuju keberanda . Kerusi malas Hafiza tinggalkan buat kenangan kami berempat . Aku tersenyum , buat pengubat rindu aku terus merebahkan diri dikerusi tersebut sambil berzikir .
Teringat kata-kata keramat yang dilontarkan Hafiza kepadanya sebelum dia berangkat pergi meninggalkan kami .
"Kalau masa senang kita lupakan Allah , Jangan cari Allah time susah macammana kau tinggalkan Allah time kau senang ! Ingat , Allah tu sifat Ar-Rahman . Allah tu Ar-Rahim . Maha penerima taubat , Allah suka pada hamba-Nya yang mahu berubah dan mahu bertaubat bersungguh-sungguh . Biarlah kali ini , Allah pisahkan kita . Ana percaya lain masa kita akan bertemu lagi , InsyaAllah . Kita tunggu masanya nanti .."
***
"Assalamualaikum , Diana"
Diana terjaga dari 'tidur-tidur ayamnya', dia bingkas bangun menuju ke pintu.
"Wa'alaikumusalam , Ya Allah ! Maaf Iman ! Ana tertidur di beranda !"
"Heee , it's okay laa ! Ni Ana belikan makanan sikit , Kalau Fiza ada dulu setiap petang dibelikan cucur pisang makcik temah ni .. Sekarang dah tiada .."
"Ingat lagi , waktu first ana kenal Fiza .. Time tulah ana mula kenal erti 'Hijrah' .."
Air mata sekali lagi berjuraian jatuh , Ukhuwah yang terbina tidak mudah nak dilepaskan begitu sahaja . Kalau dahulu , setiap petang kami akan baca Mathurat bersama sekarang tidak lagi . Kalau dahulu , pagi subuh kami dikejutkan qiam sekarang tidak lagi . Kami sudahlah liat nak bangun .
"Iman faham perasaan enti , Sabarlah ea ? Kami pun sedih .."
***
Ya , Aku akui aku dulu teramat JAHIL sebelum aku masuk dunia penghijrahan yang cukup indah ni .
Kalau dulu , aku tak pernah solat .
Sekarang ,
Aku tak pernah tinggal solat .
Kalau dulu, tak pernah orang peduli tentang aku .
Sekarang ,
Kau selalu marahkan aku .
Sebab aku tahu , kau buat begitu sebab kau sayangkan aku . Kau buat begini kerana Ukhuwah kita . Kau buat begini kerana kita semua sama-sama nak masuk syurga sama-sama .
Tak rugi , Ayah aku paksa berkeras masukkan aku dibumi UIA ni walaupun dia tahu akhlak aku dah rosak teruk .
Lepas aku kenal kau , Terus segalanya berubah selepas kau hadiahkan aku satu set jubah lengkap dengan tudung , handsock dan stoking dari mesir . Malah hampir setiap bulan , kau bawa aku ke kuliah masjid yang terdekat ramai-ramai .
Aku rindu semua itu , Siapa yang nak sambung legasi tu Fiza ? Aku ? Solat pun terkontang kanting ..
"Yana , maybe Fiza tadak tapi kami kan ada ?"
Sarah , Farah dan Iman bersuara serentak .
"Kami boleh bimbing kau , kita sama-sama berubah dan sambung perjuangan yang Fiza ajarkan ! Ana yakin kita boleh buat !"
Aku bingkas bangun , terus memeluk tubuh kecil mereka . Bila Sarah dan Farah balik pun aku tak perasan .
Aku sayang mereka , Salam Ukhuwah u'olls heart emoticon
***
Fiza , terima kasih untuk segalanya . Hanya Allah yang mampu balas segala yang kau lakukan . Moga kita ketemu lagi .
The End .
Maaf , if ada typo or etc . Abaikan smile emoticon Enjoy reading !
‪#‎YBTT‬ ‪#‎Part2‬ ‪#‎CheckItOut‬ 

No comments:

Post a Comment