Thursday, June 11, 2015

Sijil Pelajaran Malaysia (Part1)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (Part1)
----------------------------------------
Sampai bila lagi untuk aku terus bersabar ? Aku juga nak 'life' aku. Aku tak suka dikongkong ! Abbi Ummi , Zahid taknak hidup macam ni lagi !
"Zahid , bangun nak .."
Segera mata yang terlelap dibuka sikit demi sedikit .
"Ummi , Kenapa ummi ? dah subuh dah ?"
Ummi mengangguk lantas terus Ummi keluar bilik meninggalkan Zahid berseorangan dibilik . Zahid masih duduk termenung memikirkan mimpinya .
"Aku mahukan kebebasan yang hakiki ! Hidup aku semua Ummi yang konkong ! Abbi yang konkong ! Argh , minggu depan dah habis cuti ! Aku tanak balik Ma'ahad !"
Zahid memberontak sendirian .
"Argh , biarlah aku solat dahulu kalau apapun !"
***
Selesai Salam yang kedua , Sudah menjadi rutin harian Zahid membaca Al-Quran selepas solat Fardhu' 4 helai muka surat . Zahid selalunya akan khatam Al-Quran sebulan sekali sekurang-kurangnya .
"Sadaqallahuladziim .."
Al-Quran kecil ditutup dan diletakkan diatas meja study yang hampir usang , Sudah 17 tahun dia menggunakan meja tersebut . Banyak jasa meja tersebut . Ditolehnya kebelakang pula , empuk katil memanggil .
"Hmm , mungkin aku boleh tidur sekejap . Ummi bukannya tahu pun"
Sebaik sahaja mahu merebahkan diri , namanya dipanggil untuk turun makan berjama'ah bersama ahli keluarganya yang lain.
"Ummi ni ganggulah !"
***
Abbi diam , sepanjang mereka makan . Usai makan , masing-masing menunggu Abbi menghabiskan makanan yang tersisa dipinggannya . Sudah menjadi resmi keluarga tersebut , untuk menunggu Abbi usai makan dan membaca doa selepas makan bersama-sama .
"Zahid , bacakan"
Masing-masing menadah tangan , mengaminkan .
"Abbi , Along ada perkara untuk dibincangkan"
"Ada apa , Zahid ?"
"Zahid nak belajar di Sekolah Menengah Harian seperti adik-adik"
Abbi terdiam .
"Zahid tidak suka Ma'ahad tersebut ?"
"Bukan abbi , Zahid rasa biarlah kali ini Zahid ambil SPM. Sudahlah , Zahid tiada sijil UPSR mahupun PMR seperti angah biarlah SPM Zahid ambil kali ini untuk memudahkan Zahid ke Universiti yang Zahid suka Abbi"
Abbi masih terdiam .
"Maafkan Zurina Abbi , Zurina rasa biarlah Abang Zahid menuntut ilmu di sekolah Zurina supaya senanglah Zurina melihat perkembangan Abang Zahid"
Zurina memandang kearah Zahid , Zahid sudah tersengih .
"Zahid , kamu setuju ?"
Zahid mengangguk kecil , mengiyakan .
"Tetapi Abbi lebih suka Zahid di Maahad tersebut sahaja .."
"Ini tentang masa hadapan Zahid , abang . Benarlah apa yang dikatakan olehnya , sudahlah si Zahid ketinggalan pelajaran berbanding Zurina . Sekurang-kurangnya di rumah , bolehlah Zurina tunjuk ajarkan si Zahid"
Akhirnya Ummi bersuara juga , Muka Abbi berbelah bahagi .
"Baiklah Abbi setuju"
Tanpa menutup majlis , Abbi bingkas bangun meninggalkan kami semua .
"Tentang Abbi , pandailah Ummi memujuknya"
"Terima Kasih , Ummi"
***
"Along , Zurina rasa Abbi tidak bersetuju untuk menghantar Along ke sekolah Zurina .."
Zahid terdiam .
"Zurina kasihan melihat abang , kesemuanya dikonkong .."
"Abang memang tidak boleh tahan Sabar Zurina .. Abang akan buktikan yang budak Tahfiz seperti abang juga mampu berjaya seperti kau , Angah !"
Zurina tersenyum .
"Buktikan abang !"
***
"Abangnya , Kenapa dihalang cita-citanya si Zahid ? Sudah 17 tahun dia di Maahad tersebut . Zahid sudah membesar menjadi anak soleh sebagaimana abang idamkan , apa lagi abang ?"
Abbi memandang muka Ummi .
"Abang takut Zahid akan berubah seperti sejarah abang dahulu , Ummi"
Ummi tersenyum .
"InsyaAllah , Moga Allah memelihara dirinya"
***
Keesokannya ,
Pagi-pagi lagi Ummi sudah mengejutkan Zahid bersiap. Zahid pun hairan , masih awal lagi.
"Selepas Qiam , kita pergi daftar ke sekolah agama Zurina"
"Ya Allah , Ummi ! Baik Ummi !"
Selepas Ummi keluar bilik , Zahid melompat keriangan .
***
Zahid turun ke meja makan lengkap berjubah putih dan berserban, Itulah baju setiap kali dia keluar rumah . Nampak kemas dan bergaya .
"Assalamualaikum , Ummi Zurina"
"Wa'alaikumusalam , Zahid ..."
Ummi tersenyum , bangga melihat anak sulungnya .
"Siapkan meja , satgi kita makan bersama-sama"
"Baik , Ummi"
Pranggg ! Bunyi kaca jatuh dari bilik tidur utama !
"Abbi !"
‪#‎Bersambung‬
End of Part 1.

No comments:

Post a Comment